Gejala gigi sensitif

Orang yang mempunyai gigi sensitif mungkin mengalami kesakitan atau ketidakselesaan sebagai tindak balas kepada sebab tertentu. Anda mungkin merasakan kesakitan ini pada akar gigi yang terjejas. Punca yang paling biasa termasuk:

1)Makanan dan minuman panas atau sejuk.

2)Udara yang sejuk

3)Makanan dan minuman yang manis

4)Makanan dan minuman yang berasid

Gejala ini mungkin datang dan pergi dari semasa ke semasa tanpa sebab yang jelas. Mereka mungkin terdiri daripada ringan hingga perit.

Apa yang menyebabkan gigi sensitif?

Sesetengah orang mempunyai gigi yang lebih sensitif secara semula jadi daripada orang lain kerana mereka mungkin mempunyai enamel yang lebih nipis. Enamel ialah lapisan luar gigi yang melindunginya. Kebiasaanya, enamel gigi boleh nipis disebabkan:

  1. Memberus gigi terlalu kuat
  2. Menggunakan berus gigi yang keras
  3. Mempunyai tabiat menggigit atau mengikis gigi semasa tidur dengan kerap

Selain itu, gusi yang mengecut boleh menyebabkan bahagian gigi terdedah dan tidak dilindungi, juga menyebabkan sensitiviti.

Bagaimana sensitiviti gigi dirawat?

Jika sensitiviti gigi anda adalah ringan, anda boleh mencuba rawatan pergigian tanpa preskripsi.

  1. Menggunakan ubat gigi yang khusus untuk gigi sensitif.
  2. Menggunakan ubat kumur tanpa alcohol kerana ia akan mengurangkan kerengsaan pada gigi sensitif.
  3. Menggunakan berus gigi yang lembut dan memberus gigi dengan lembut juga boleh membantu mengurangkan gigi atau gusi menghakis.

Jika rawatan di rumah tidak berkesan, anda boleh pergi berjumpa dengan doktor gigi anda tentang ubat gigi preskripsi dan ubat kumur. Mereka juga boleh menggunakan gel fluorida untuk mengurangkan tahap sensitiviti gigi anda. Ini boleh membantu menguatkan enamel dan melindungi gigi anda.

CategoryDental Advice
Write a comment:

You must be logged in to post a comment.

© Precise & Perfect PLT - Smileway Dental

For emergency cases        (+6) 0176509817